Saturday, 21 November 2015
SYARAHAN:cara-cara menjaga kebersihan diri
Kamu dikehendaki menyampaikan syarahan dalam perhimpunan sekolah.Tajuk syarahan itu ialah "Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri". Tulis syarahan kamu itu.Panjang karangan tidak kurang 80 patah perkataan.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Tuan Guru Besar,guru-guru dan rakan -rakan sekalian. Selamat pagi saya ucapkan. Pagi ini tiba giliran saya untuk menyampaikan syarahan. Syarahan saya bertajuk "cara-cara Menjaga Kebersihan Diri".
Hadirin sekalian ,
Kebersihan amat penting. Tambahan pula, kebersihan merupakan sebahagian daripada iman . Kita hendaklah menggosok gigi selepas dan sebelum tidur. Jika tidak gigi kita mungkin akan rosak.
Seterusnya, ketika mandi pula haruslah bersabun . Jangan mandi kerbau. Sabun dapat menghilangkan kotoran dan daki yang ada pada badan kita. Kitahendak lah mandi pada pagi dan petang.
Hadirin yang dihormati,
Selain mandi, kita juga perlu mencuci rambut . Rambut perlu dicuci seminggu sekurang- kurangnya sekali. Gunakanlah syampu rambut yang sesuai. Kemudian,kita boleh juga menyapu minyak rambut agar kelihatan kemas dan rapi.
Kita juga perlu memotong kuku sama ada jari atau kaki. Kuku harus dipastikan sentiasa pendek. Hal ini demikian supaya tiada kekotoran melekat padanya . Oleh itu, kita dapat mengelakkan diri daripada penyakit .
Kesimpulannya, sentiasalah menjaga kebersihan diri. Jika diri bersih sudah pasti penyakit akan tersisih.
Sekian, terima kasih.
Sumber: i-skor Bahasa Malaysia Penulisan (Bahagian B) Tahun 6
oleh:A.RAHMAN HARON, NORANITA AHMAD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TQVM
ReplyDeleteWAFIY
TQ
ReplyDeletebagus syarahan ini (like!!!)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSOME WORDS ERROR BUT THIS IS A VERY NICE CONTOH KARANGAN
ReplyDelete