Showing posts with label BAHASA MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label BAHASA MALAYSIA. Show all posts

Sunday, 16 August 2020

CARA MEMUPUK AMALAN HIDUP BERMASYARAKAT

 Cara Memupuk Amalan Hidup Bermasyarakat

Penggunaan pepatah hidup berjiran membawa bahagia kerap kali dikaitkan dengan amalan hidup berjiran di Malaysia. Jiran iaitu orang yang tinggal di sekeliling kita, merupakan orang yang penting bagi menjamin kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh setiap insan bernyawa.  Suasana hidup bermasyarakat yang harmoni dan damai mampu mendorong kepada tercetusnya kebahagiaan ini. Namun begitu,akibat ledakan kemajuan negara yang membangun,amalan hidup bermasyarakat di Malaysia kini dipandang enteng. Masyarakat sekarang lebih gemar mengamalkan hidup bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing kerana disibukkan dengan kerjaya tersendiri. Oleh hal yang demikian beberapa inisiatif seharusnya diambil demi memulihkan semangat hidup bermasyarakat yang kian pudar di negara tercinta ini.

Pastinya tidak dapat disangkal lagi bahawa penganjuran sambutan perayaan merupakan langkah efektif bagi mengeratkan hubungan sesama jiran terutamanya bagi kawasan perumahan yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Dengan penganjuran majlis seperti rumah terbuka masyarakat akan saling berkenalan dan bertegur sapa. Disebabkan kepelbagaian kaum masyarakat di Malaysia, pelbagai sambutan perayaan dapat disambut seperti Hari Raya Aildifitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Oleh itu, ikatan silaturrahim antara penduduk dapat diutuhkan melampaui batas kaum,agama dan budaya. Persiapan majlis keraian boleh dilakukan bersama sesuai dengan peribahasa sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk. Masyarakat juga dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain ibarat kata bidalan, yang tua dihormati yang muda disayangi. Dengan itu, jelaslah penganjuran sambutan perayaan perlu diperbanyakkan agar semangat kemasyarakatan dapat ditingkatkan.

Seterusnya, bagi mewujudkan komuniti masyarakat yang intelektual dan cerdas, kelas bimbingan tambahan sewajarnya diadakan. Bukan sahaja mampu mendorong kepada kemajuan masyarakat malahan hubungan sesama jiran akan menjadi semakin kukuh. Berpegang kepada kata mutiara adat pulau limburan pasang, Individu yang berpengalaman dan lebih arif dalam sesuatu bidang boleh membuka khidmat kelas bimbingan kepada warga kejiranan yang lain secara percuma. Sesiapa yang menyertai kelas tersebut juga boleh memberi sedikit buah tangan atau bayaran mengikut kerelaan hati mereka sebagai tanda penghargaan seperti kata mutiara mulut biar manis,hati biar baik. Melalui inisiatif ini, suasana yang harmoni dan permuafakatan yang erat mampu dijana demi kebahagiaan hidup bersama kerana warga jiran akan lebih kerap berjumpa. Antara kelas-kelas yang kerap kali diadakan dalam sebahagian masyarakat ialah kelas pengajian al-Quran, kelas memasak dan kelas menjahit. Namun begitu, kelas-kelas ini jarang diadakan di kawasan bandar kerana penduduknya sibuk dengan kerjaya tersendiri. Oleh itu, masyarakat di kawasan bandar perlu menggalakkan anak-anak mereka yang masih belajar mengadakan aktiviti belajar secara berkumpulan bersama anak-anak jiran agar jalinan yang erat dapat dibentuk dalam komuniti.

Selanjutnya, alternatif lain dalam meningkatkan permuafakatan antara masyarakat ialah mengesyorkan mereka melibatkan diri dalam projek yang direncanakan oleh komuniti rukun tetangga iaitu kebun milik bersama. Dalam projek ini satu tanah lapang akan dikhaskan kepada para penduduk untuk diusahakan. Hasil-hasil tanaman dapat dikongsi bersama atau dijual di koperasi berdekatan. Kerja bercucuk tanam ini memerlukan tenaga dan masa yang banyak, jadi golongan mudalah yang seharusnya mengerah keringat menggantikan golongan tua yang kurang berdaya. Antara tanaman yang sesuai ditanam termasuklah mempelam Harumanis, sayur-sayuran hijau, cempedak dan rambutan. Dengan melakukan kegiatan murni ini, anak remaja dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial yang semakin meruncing dalam kalangan masyarakat Malaysia kini sekali gus memanfaatkan masa terluang mereka dengan melakukan aktiviti berfaedah kerana masa itu emas. Di samping itu, mereka juga mampu membina tubuh badan yang sihat dan cergas bak kata tokoh ilmuan barat yang terkenal, Albert Camus: Sumbangan terbesar manusia adalah membantu orang lain agar mereka dapat membantu diri sendiri. Jelaslah di sini bahawa penglibatan jiran tetangga dalam projek kebun milik bersama merupakan langkah efektif dalam meningkatkan mutu hidup bermasyarakat.

Lontaran idea yang seterusnya merupakan perlangsungan karnival jualan amal oleh masyarakat setempat. Hasil jualan yang diperoleh akan dikumpul dan diedarkan kepada penduduk-penduduk yang memerlukan atau digunakan untuk penganjuran majlis-majlis yang diadakan. Selain itu, kemudahan awam juga boleh dibaiki dan ditingkatkan seperti menghias taman perumahan dan membaiki taman permainan yang telah rosak. Barang jualan seperti pakaian, kraftangan dan alat permainan yang terpakai adalah daripada penduduk setempat sendiri. Hasil-hasil tanaman daripada kebun milik bersama seperti Harumanis juga eloklah dijual semasa jualan amal ini. Aktiviti jualan amal ini bukan sahaja dapat memupuk sikap suka menolong dan bersedekah dalam kalangan masyarakat, justeru dapat mengeratkan silaturahim sesama manusia tanpa melihat kepada perbezaan status. Kita akan saling membantu dan tidak berlepas tangan terhadap penderitaan orang lain kerana jiran umpama keluarga kita. Intihanya, kerja amal yang dilakukan mampu membentuk ukhuwah yang erat bagai isi dengan kuku kerana masing-masing tahu peranan yang sepatutnya dimainkan demi kesejahteraan semua.

Meneliti ke skop yang seterusnya, penglibatan masyarakat dalam komuniti beriadah juga mampu menyemarakkan lagi semangat kejiranan dalam komuniti rukun tertangga. Penganjuran komuniti riadah ini adalah selari dengan kehendak kerajaan dalam kempen Cara Hidup Sihat untuk melahirkan masyarakat yang seimbang jasmani, rohani dan emosi. Para penduduk akan berkumpul di kawasan terbuka pada waktu pagi untuk bersama-sama beriadah dan berekreasi sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Aktiviti riadah ini menyebabkan fikiran masyarakat menjadi lapang. Sebagai contoh, dalam mengharungi kesibukan serta tekanan kerja,aktiviti beriadah bersama-sama ini berupaya menghindarkan diri sebentar dari ruang ligkup kerja yang sibuk. Mereka dapat bertegur sapa dan berkongsi cerita sambil beriadah untuk mengeratkan lagi hubungan. Individu dari kanak-kanak hingga warga emas sesuai menyertai aktiviti bermanfaat ini kerana otak yang cerdas datangnya dari badan yang cergas. Natijahnya, komuninti riadah sepatutnya dijayakan di setiap kawasan kejiranan demi melahirkan rakyat Malaysia yang sihat kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Sebagai penyimpul kata, marilah kita mengimarakkan lagi semangat hidup bermasyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Kehidupan hidup bermasyarakat ini akan terhakis jika mereka yang tinggal di kawasan bandar raya semakin sibuk dengan urusan harian mereka sehingga tidak berpeluang untuk mengenali jiran mereka. Sehubungan dengan itu, usaha-usaha untuk memupuk amalan hidup bermasyarakat haruslah diambil untuk meningkatkan semangat kerjasama dan perpaduan rakyat seperti perumpamaan serumpun bak serai,sesusun bak sirih. Kita seharusnya hidup secara aman, harmoni dan tidak berantakan antara satu sama lain seperti yang telah diperkatakan oleh Almarhum Perdana Menteri kita yang pertama dalam ucapannya yang bertarikh 3 Jun 1957 di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur. Beliau berkata, “…tinggallah dengan baik antara satu sama lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia.


Saturday, 6 January 2018

KARANGAN


Cuti persekolahan saya


     Setiap orang mungkin mempunyai perancangan tersendiri apabila tibanya musim cuti sekolah. Begitu juga dengan saya dan  keluarga saya.Terdapat banyak aktiviti yang telah saya dan keluarga saya lakukan .Antaranya ialah bergotong-royong,menghadiri kelas intensif,pergi ke perpustakaan dan menonton wayang.
     Pada hari Sabtu,Ahad dan Isnin,saya menghadiri kelas intensif yang telah dianjurkan oleh sekolah.Kelas ini sangat penting kerana saya akan menjalani peperiksaan tidak lama lagi.kelas itu bermula pada jam 8:00 pagi hingga 11:30.Semua subjek teras diajar seperti Matematik,Sains,Bahasa Melayu dan Bahasa Iggeris.
      Selain itu,saya dan keluarga saya bergotong-royong membersihkan rumah. Tujuan kami bergotong-royong adalah untuk membanteras denggi di rumah kami dan untuk mengemas rumah supaya kelihatan lebih teratur. Sebelum mengemas ayahku mengagihkan tugas.Saya ditugaskan untuk membuang sampah ke dalam tong sampah.
      Seterusnya, saya pergi ke perpustakaan bersama keluarga saya.Di sana banyak buku yang telah saya baca  antaranya,” 101 Dalmatians”,”Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” dan banyak lagi.Terdapat banyak aktiviti yang dapat dilakukan di sana.
     Akhir sekali,kami sekeluarga menonton sebuah filem animasi yang bertajuk “Boboiboy The Movie”.Kami sempat membali beberapa makanan ringan untuk dinikmati semasa filem dimainkan.Filem tersebut sangat menyeronokkan dan ia juga mempunyai banyak pengajaran.








     Banyak aktiviti yang telah saya lakukan semasa cuti persekolahan ini. Saya berharap percutian saya pada semeaster yang akan datang lebih bermakna dan lebih menyeronokkan.

    
    
 (KARANGAN 2015)

     

Thursday, 12 May 2016

PERIBAHASA TUMBUHAN


PERIBAHASA TUMBUHAN

 v
PERIBAHASA
MAKNA
1.
bagai mencurah air kedaun keladi
Perbuatan yang tidak berfaedah
2.
melentur buluh biarlah dari rebungnya
mendidik orang biarlah sejak mereka kecil lagi.
3.
Bagai limau masam sebelah.
 
Pertimbangan yang tidak adil.
4.
Bagai bunyi cempedak jatuh.

Bunyi jatuh yang sangat kuat.
5.
Anak pisang 
Panggilan anak oleh keluarga sebelah ayah.
6.
Delima merekah 
Bibir yang cantik
7.
Sekalung bunga 
 Pujian sebagai tanda penghargaan
8.
Anak buah


Orang yang berada di bawah pengawalan seseorang
9.
 Bunga dedap

Perempuan cantik tetapi mempunyai perangai buruk

10.
Laksana pokok yang tidak berbuah

Orang yang berilmu tetapi tidak berkongsi ilmu dengan orang lain

11.
Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas

Perbuatan yang jahat. akhirnya akan mendapat balasan juga

12.
Baik berjagung dahulu sebelum padi masak

Melakukan  sesuatu kerja sementara mendapat pendapatan yang lebih baik
13.
Daripada cempedak biarlah nangka

Lebih baik daripada tiada langsung

14.
ibarat lalang ditiup angin.
Orang yang mempunyai pendirian yang tidak tetap
15.
Pisang tidak akan berbuah dua kali
Sesuatu perkara yang tidak baik akan sentiasa diingati agar tidak berulang lagi.
16.
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
Diam orang yang cerdik mendatangkan hasil tetapi diam orang yang bodoh mendatangkan keburukan.
17.
Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getah
Orang lain yang melakukan kejahatan, orang lain yang dituduh.
18.
Menunggu buah yang tak gugur
mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku
19.
durian runtuh
Mendapat keuntungan tanpa bersusah payah
20.
Ada batang mati, ada cendawan tumbuh
Dimana juga kita tinggal, pasti akan ada rezeki kita
21.
Ada beras, taruh dalam padi
Rahsia hendaklah disimpan baik-baik
22.
Seperti mentimun dengan durian
Orang yang lemah menentang orang yang kuat sudah tentu akan kalah





PERIBAHASA HAIWAN

1.
seperti anjing dengan kucing
Selalu bertengkar
2.
Bagai mendukung biawak hidup
Melakukan pekerjaan yang menyusahkan diri sendiri
3.
Bagai rusa masuk kampung
kehairanan
4.
Anak harimau
Anak orang berkuasa
5.
Anjing kurap
hina kerana kemiskinan
6.
Seperti lembu dicucuk hidung

Orang yang selalu menurut kemahuan orang lain
7.
bagai katak bawah tempurung
Mempunyai pengetahuan yang kurang
8.
Anak kuda bulu kasap.


Anak muda yang tidak tahu susah
9.
bagai kera mendapat bunga
Tidak tahu menilai barang berharga
10.
Akal kancil
bijak
11.
Ular kena palu
Jalan yang bengkang benkok
12.
Carik carik bulu ayam,lama bercamtum juga
Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali
13.
Lintah Darat.

Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi
14.
Bagai tikus membaiki labu
Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui, akhirnya semakin rosak
15.
bagai kucing dibawakan lidi.

 berlari kerana ketakutan

16.
Bagai  murai tercabut ekor
Orang yang banyak bercakap
17.
Bagai ikan pulang ke lubuk


Orang yang pulang ke tempat asal.
18.
Mandi kerbau
Mandi tetapi tidak bersih
19.
Hati tikus 
 Orang yang penakut
20.
Bagai itik pulang petang
Berjalan lambat
21.
Ayam tambatan
Orang harapan
22.
Mulut murai
Orang yang banyak cakap

KARANGAN :FAEDAH PIBG


    
     PIBG bermaksud Persatuan Ibu Bapa Guru. Setiap sekolah pasti mempunyai persatuan ini. Peranan ibu bapa penting bagi membantu pembelajaran anak. Pelibatan mereka dalam pelbagai aktiviti di sekolah dapat memberikan banyak manfaat kepada pihak sekolah.
     
     Antara faedah yang diperoleh ialah, dapat meningkatkan keyakinan guru. Ini kerana,sokongan ibu bapa dapat menggembirakan dan menyebabkan guru berasa lebih ceria dan bersemangat untuk membimbing murid untuk meraih kejayaan.
    
     Selain itu,faedah pibg ialah dapat meningkatkan pencapaian murid. Ini disebabkan,ibu bapa yang prihatin boleh menolong untuk meningkatkan pencapaian sekolah. Contonhnya,ibu bapa menjayakan program sekolah seperti kelas tambahan.
     
     Seteruanya,kes disiplin murid akan berkurangkerana ibu bapa turut membantu.contohnya,ibu bapa mengadu jika  berlakunya pembulian.

     
     Kesimpulannya,PIBG membantu meningkatkan  pencapaian sekolah dan dapat mengeratkan hubungan sesama masyrakat. Bak kata pepatah “seperti aur dan tebing”.

Friday, 12 February 2016

SAHABAT

SAHABAT SEJATI

Jikalau ku kebosanan,
 kaulah yang selalu menghiburkanku,
Jikalau ku berduka, kau selalu disisiku,
Sedih betukar gembira, itulah gunanya sahabat,
Kadang ada suka, kadang ada duka
Begitulah adanya
Kau temanku, matahariku
Matahari yang sentiasa menyinari hidupku.
Menerangi dan memberi semangat untuk hari ini
Kau temanku
Kau mengingatkan saat aku salah melangkah
Bagaimanapun keadaannya kau adalah kau

Kau adalah temanku,teman sejatiku.


 

TINI Template by Ipietoon Cute Blog Design