Saturday 24 February 2018

SISTEM PENCERNAAN MANUSIA

PENCERNAAN MAKANAN ialah proses penguraian makanan yang kompleks dan besar kepada molekul yang lebih ringkas, kecil dan boleh larut supaya dapat diserap oleh sel-sel badan.


PENCERNAAN

Kimia:
Proses penguraian makanan kpd molekul-molekul kompleks kpd molekul-molekul ringkas dgn bantuan enzim


Fizikal:
Proses pecahkan makanan kpd cebisan kecil di dalam mulut dengan bantuan gigi, lidah,
dan air liur 


STRUKTUR SISTEM PENCERNAAN MANUSIA

~ Terdiri daripada satu tiub yang disebut salur pencernaan dan beberapa
  organ lain

~ salur pencernaan ialah tiub panjan yang bermula di mulut dan berakhir di dubur.







KEPENTINGAN GIZI SEIMBANG

Gizi seimbang ialah pemakanan yang mengandungi semua kelas makanan yang diperlukan oleh tubuh badan dlm kuantiti yang betul

Kita boleh merujuk piramid makanan sebagai panduan dlm penyediaan makanan yg sihat.


FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPERLUAN KALORI:



SAIZ BADAN
•Orang yg badan bersaiz besar perlu mengambil makanan yg lebih banyak
•Mereka memerlukan lebih banyak enaga berbanding orang yang bersaiz kecil

UMUR
•Kanak- kanak memerlukan karbohidrat yg lebih banyak  untuk tenaga & protein  bagi pertumbuhan
• Mereka sedang membesar dan lebih aktif berbanding orang dewasa

PEKERJAAN
•Petani, buruh dan nelayan memerlukan lebih bnyk tenaga kerana mereka melakukan kerja berat
•Keperluan gizi mereka adaalah lebih tinggi berbanding orang yang bekerja di pejabat

JANTINA
• Secara umumnya lelaki lebih berotot dan melakukan kerja lebih berat .
• Mereka memerlukan kuantiti makanan yg lebih banyak daripada perempuan

KEADAAN KESIHATAN
•Orang yg sakit memerlukan sajian makanan yg sesuai dgn kesihatannya

IKLIM
• Orang yg tinggal di negara yg beriklim sejuk cepat kehilangan haba berbanding org 
    yg tiggal di negara beriklim panas
• Mereka memerlukan kuantiti makanan yg banyak untuk mengekalkan suhu badan

NILAI KALORI MAKANAN
-Makanan mengandungi tiga kelas asas iaitu , karbohidrat , protein dan lemak
-Ketiga-tiga kelas asas ini menghasilkan kuantiti tenaga yang berbeza apabila dibakar .
-Jumlah tenaga yang dibakar lengkap dlm badan disebut nilai tenaga Atau nilai kalori
-Jumlah tenaga ini diukur dalam unit kalori (cal) atau joule (J):

«  1 kalori (cal) = 4.2 joule (J)
«  1 kilokaloro (kcal) = 4.2 kilojoule (kJ)

~ NOTA SAINS BAB 3 TING. 2

 

TINI Template by Ipietoon Cute Blog Design