Saturday 7 October 2017

BENUA

BENUA = DARATAN YANG SANGAT LUAS PADA PERMUKAAN BUMI

1. ASIA
  • benua terbesar 
  • 55.8 juta kilometer persegi


2. AFRIKA
  •  kedua terbesar
  • 30 juta kilometer persegi


3. AMERIKA UTARA
  • ketiga terbesar
  • 24.5 juta kilometer persegi


4. AMERIKA SELATAN
  • 17.8 juta kilometer persegi


5. ANTARTIKA
  • 14 juta kilometer persegi


6. EROPAH
  • 10.4 juta kilometer persegi


7. AUSTRALIA
  • 7.6 juta kilometer persegi

sumber : buku teks geografi tingkatan 1 (KSSM)



STRUKTUR BUMI

Struktur bumi terbahagi kepada tiga iaitu ;

1. Kerak Bumi
  • lapisan luar bumi yang paling keras
  • terdiri daripada dua lapisan iaitu : sial - daratan , sima - lautan
2. Mantel
  • di bawah lapisan kerak bumi
  • meliputi 2 per 3 jisim bumi
3. Teras bumi
  • lapisan paling dalam 
  • terbahagi kepada 2 : teras luar, teras dalam

sumber : buku teks geografi tingkatan 1 (kssm)

SISTEM FIZIKAL BUMI

1. ATMOSFERA
  • Lapisan udara yang menyelubungi bumi
  • contoh : gas, asap, wap air


2. BIOSFERA
  • Kawasan yang didiami oleh benda hidup (manusia, tumbuhan, haiwan)


3. LITOSFERA
  • Lapisan luar bumi 
  • mempunyai batuan dan mineral


4.HIDROSFERA
  • Semua bahagian air yang ada di bumi
  • contoh : tasik, laut, ais 

sumber : buku teks geografi tingkatan 1 (KSSM)

Friday 6 October 2017

AMANAH TUNGGAK KESEJAHTERAAN

MAKSUD AMANAH
BAHASA : tunai janji
ISTILAH : setiap sesuatu yang dipertanggungjawabkan dalam urusan harta benda, kehormatan, dan kerahsiaan

KEPENTINGAN SIFAT AMANAH 
~ pengurusan baik dan lancar
~ dipercayai dan disenangi
~ tanda orang beriman

CARA MENGAMALKAN SIFAT AMANAH

~ diri
  • mematuhi suruhan & larangan Allah
  • memelihara penampilan diri
  • bersungguh-sungguh & rajin

~ keluarga 
  • taat ibu bapa
  • bertanggungjawab terhadap amanah keluarga
  • menyayangi adik-beradik

~ masyarakat
  • menghormati jiran, guru, rakan dan masyarakat
  • menyertai program kemasyarakatan

IMPLIKASI TIDAK AMANAH

~ diri
  • menjejaskan iman
  • tidak diredhai Allah
  • hilang kepercayaan orang ramai

~ keluarga 
  • menjadi anak derhaka
  • mencemarkan nama baik keluarga
  • dibenci oleh adik-beradik

~ masyarakat
  • masyarakat tidak harmoni
  • keselesaan awam terganggu

SUMBER : BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 (KSSM)

SUCI DARIPADA NAJIS

MAKSUD NAJIS
BAHASA : semua benda yang kotor
ISTILAH : benda kotor yang menybabkan solat tidak sah

JENIS NAJIS
~MUKHAFFAFAH(RINGAN)
   -air kencing kanak-kanak lelaki berumur kurang 2 tahun yang hanya minum susu ibu
~MUTAWASSITAH (SEDERHANA)
  -darah, bangkai, nanah, tahi dan lain-lain
~MUGHALLAZAH (BERAT)
  -apa-apa yang berkaitan dengan anjing dan khinzir

CARA MENYUCIKAN NAJIS MUKHAFFAFAH
1. Buang najis
2. Renjis air pada tempat yang terkena najis

CARA MENYUCIKAN NAJIS MUTAWASSITAH
1. Buang najis
2. Basuh tempat terkena najis dengan air bersih
3. Pastikan hilang dan suci daripada : warna, rasa, bau

CARA MENYUCIKAN NAJIS MUGHALLAZAH
1. Buang najis
2. Sediakan satu bekas air tanah dan satu bekas air mutlak
3. Basuh tempat terkena najis dengan satu basuhan air tanah
4. Basuh tempat yang terkena najis dengan enam kali basuhan air mutlak
5. Pastikan hilang dan suci daripada : warna, bau, rasa

CARA MENYUCIKAN KULIT HAIWAN (SAMAK)
maksud samak = Proses menghilangkan segala lendir, daging dan kelembapan yang melekat pada kulit

1. Sediakan bahan yang bersifat menghakis untuk menyamak seperti daun akasia, kulit delima, bahan kimia
2. Buang lendir, lemak dan darah yang melekat pada kulit tersebut
3. Gosok kulit dengan bahan yang disediakan
4. Bilas kulit dengan air mutlak
5. Jemur kulit hingga kering

SUMBER : BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 (KSSM)


IKHLAS DALAM KEHIDUPAN

MAKSUD IKHLAS
-BAHASA : bersih dan suci daripada kotoran yang mencemarkan
-ISTILAH : semua amalan zahir dan batin yang dilakukan semata-mata mencari keredhaan Allah tanpa menyekutukan orang lain


CIRI-CIRI ORANG YANG IKHLAS
~istiqamah malakukan kebaikan
~tidak mengharapkan pujian manusia
~mengharapkan ganjaran pahala
~tidak mengingati kebaikan yang dilakukan
~bersabar dalam kesulitan

KEPENTINGAN IKHLAS
~mendapat perlindungan Allah
~terhindar daripada hasutan syaitan
~amal ibadat diterima Allah
~doa dimakbulkan oleh Allah
~hidup tenteram dan aman


POWTOON : ALAM SEKITAR


 

TINI Template by Ipietoon Cute Blog Design