Tulis karangan yang bertajuk "Kesan Pencemaran Alam Sekitar" . Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Alam sekitar kita semakin tercemar. Pencemaran ini telah mendatangkan kesan buruk kepada hidupan sama ada manusia, haiwan atau tumbuhan.
Kini, kilang dibuka bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ada antara kilang-kilang ini membuang sisa toksik kedalam sungai. Pembuangan sisa toksik ini menyebabkan air tercemar dan berbahaya kepada manusia. Semua hidupan akuatik akan mati. Oleh itu,sumber pendapatan nelayan akan terjejas.
Pengeluaran asap kilang dan kenderaan turut mencemar udara. Karbon monoksida yang dilepaskan akan mengawang di udara dan mengancam kesihatan manusia. Pelbagai penyakit berbahaya seperti asma, penyakit kulit dan penyakit mata boleh dihadapi manusia akibat pencemaran udara ini.
Penebangan hutan yang berleluasa pula akan mengakibatkan hakisan. Hal ini akan memberi kesan buruk kepada alam dan manusia kerana banjir dan tanah runtuh akan berlaku. Haiwan pula kehilangan habitatnya manakala flora turut musnah.
Bunyi bising dari kilang-kilang, kenderaan dan tapak pembinaan pula menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Kebisingan ini mengganggu emosi manusia. Selain itu, kita tidak dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan.
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar akan menjejaskan kehidupan kita. Penglibatan semua pihak amat diharapkan agar langkah drastik untuk mengatasi pencemaran ini dapat diambil. Pihak berkusa pula perlulah mengambil tindakan yang tegas terhadap sesiapa sahaja yang mencemarkan alam sekitar.
sumber : i-skor Bahasa Malaysia Penulisan (bahagian B) Tahun 6
oleh: A. Rahman Haron, Noranita Ahmad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih...
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
Deleteterima kasih...
ReplyDeleteterima kasih....
ReplyDeleteThankiew....this essay is helped meh to do my school
ReplyDeletehomework...
good job.. it helps a lot
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteIt's very helpful for many pupils.keep it up👏
Delete