Saturday 28 November 2015

KESALAHAN EJAAN

antara kesalahan yang sering berlaku


SALAH
BETUL
acapkali
acap kali
barangkali
barang kali
dahulukala
dahulu kala
selangseli
selang-seli
walaubagaimanapun
walau bagaimanapun
anti-agama
antiagama
dwi-arah
dwiarah
eka suku kata
ekasuku kata
urusetia
urus setia
karenah
kerenah
keredhaan
keredaan
sillaturrahim
silaturahim
organisme
organisma
buffet
bufet
definasi
definisi
hakmilik
hak milik
Insyaallah/insya allah
Insya-Allah
sekaligus
sekali gus
mengwujudkan
mewujudkan
mee
mi
memperolehi
memperoleh
plan
pelan
keretapi
kereta api
suka rela
sukarela
kefeteria
kafeteria
lanskap
landskap
tertumpu kepada
tertumpu pada
terdiri dari 15 orang
terdiri daripada 15 orang
lagenda
legenda
emel/email
e-mel
Bharu/bahru
Baharu/baru
Isya
Isyak
lembab
lembap
taugeh
tauge
atlit
atlet
baucer
baucar
cendikiawan
cendekiawan
illustrasi
ilustrasi
insuran
insurans
kastad
kastard
yaitu
iaitu
zohor
zuhur
di tahun
pada tahun

IDIOMS

lets learn idioms

1. barking up the wrong tree  
 = looking in the wrong place

2. cry over split milk                

 = when you complain about a loss from the past

3. an apple a day keeps the doctors away

 =eating fruit keeps you healthy

4. burn the midnight oil
 =to work late into the night

5. hit the nail on the head
 =do or say something exactly right

6. throw in the towel
 =to end something or to give up

7. piece of cake

 =job that is easy or simple 

8. sit on the fence
 =someone who cannot make a decision

9. once in blue moon

 =happens very rarely

10. miss the boat
 =someone missing the chance



Wednesday 25 November 2015

PIRAMID MAKANAN MALAYSIA


ARAS 4 (PUNCAK PIRAMID)
- gula,minyak,garam  
~ makan paling sedikit


 ARAS 3
- susu dan produk tenusu ][ ikan,daging,telur
~ makan sederhana


 ARAS 2
- sayur-sayuran dan buah-buahan
~ makan banyak


 ARAS 1 (DASAR PIRAMID)
- nasi,mi,roti,bijirin,ubi-ubian
~ makan paling banyak

Sunday 22 November 2015

PUTERI SANTUBONG DAN PUTERI SEJENJANG

Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa kayangan yang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat.


Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan purnama menghias alam, bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata, yang lentik dan ekor mata seperti seroja biru di kolam madu.
Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi suara mereka cukup merdu. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang.

Kehidupan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang amat mesra sekali. Mereka diibaratkan adik-beradik kembar. Senyuman dan kegembiraan sentiasa bermain dibibir. Bergurau dan bersenda tidak lekang daripada keduanya. Mereka sentiasa sepakat dan sekata. Demikianlah kehidupan yang mereka lalui setiap hari.

“Sejenjang, selepas selesainya kerja kita berdua ini, kita bermain-main, nak?” Tanya Puteri Santubong kepada Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi.
“Baiklah. Tapi kita mahu main apa ?” balas Puteri Sejenjang.

“Kita main sorok-sorok di taman bunga di halaman sana. Lepas itu kita petik bunga-bunga yang telah mekar di taman.”

“Yalah Santubong! Sudah lama juga kita tidak memetik bunga-bunga di taman sana.”
Menantikan saat itu, kedua-duanya meneruskan pekerjaan masing-masing hingga selesai.

Pekerjaan Puteri Santubong dari siang hingga malam hanyalah menenun kain. Manakala Puteri Sejenjang pula asyik dengan menumbuk padi.

Pada suatu hari, ketika Puteri Santubong leka menenun kain dan Puteri Sejenjang asyik menumbuk padi, berbual-buallah mereka tentang kecantikan diri masing-masing. Mereka memuji-muji tentang kelebihan diri sendiri.

“Sejenjang! Kau lihat lak diriku yang serba tidak cacat ini! Dengan duduk menenun seperti ini, aku dapat menjaga kerampingan pinggangku ini. Aku pasti suatu hari nanti, bila anak raja sampai ke mari, dia akan melamar dan mengahwini aku. Aduh! Betapa bahagianya aku di saat itu, Sejenjang?” Tanya Santubong kepada Sejenjang yang asyik menumbuk padi.

Puteri Santubong terus memuji-muji akan kecantikan dirinya. “Bila aku sudah diam di istana nanti, tentunya dayang-dayang mengelilingi aku, sambil menyikat-nyikat rambutku yang mengurai ini. Nanti mereka akan berkata, inilah anak dewa kayangan yang paling cantik pernah mereka temui. Saat itu akulah tuan puteri yang paling cantik di dunia ini.”

Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi mulai merasa marah dan cuba menentang kata-kata Puteri Santubong yang menganggap dirinya sahajalah yang paling cantik. Puteri Sejenjang menyatakan dirinya yang paling cantik dan rupawan. Kecantikannya mengalahi rupa paras Puteri Santubong.

“Tidakkah kau tahu Santubong? Dengan cara berdiri menumbuk padi begini menjadikan tubuhku ini, kuat dan tegap. Subur menawan. Leher juga jinjang. Betis bagaikan bunting padi.”

“Dengan menumbuk padi ini juga jari-jemariku halus dan lenganku ini serasa tegap daripada engkau yang asyik bongkok menenun kain. Entah nanti, engkau cepat pula rebah ke bumi. Takut pula anak raja itu melamar aku dahulu,” balas Puteri Sejenjang.

Mendengar kata-kata Puteri Sejenjang, Puteri Santubong enggan mengalah. Puteri Sejenjang juga pantang menyerah. Masing-masing mahu dipuji. Akhirnya, pertengkaran antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang semakin hangat. Masing-masing tidak dapat mengawal perasaan mereka lagi. Pertengkaran antara kedua-duanya berlarutan.

Daripada nada suara yang rendah bertukar menjadi lantang sambil mencaci-caci dan menghina antara satu dengan yang lain.

“Sejenjang! Kalau asyik pegang antan, jangan harap betis kau tu akan jadi bunting padi. Takut lemak tak berisi. Dek antan tu jugalah jari-jemari kau tu, kesat dan kasar. Tidak seperti jari-jemariku ini yang halus serta runcing,” kata Puteri Santubong dengan bangga.

Dengan perasaan penuh dendam dan dengan amat marah, Puteri Sejenjang hilang sabar lalu menyerang Puteri Santubong dengan antan di tangan. Ayunan pukulan Puteri Sejenjang amat kuat dan cepat, lalu terkenalah ke pipi Puteri Santubong yang sedang duduk menenun kain. Menjeritlah Puteri Santubong kerana kesakitan.

Puteri Santubong bertambah marah. Puteri Santubong juga tidak berdiam diri, lantas menikam Puteri Sejenjang dengan batang belidah yang ada dalam genggamannya. Tikaman itu tepat ke arah kepala Puteri Sejenjang dan menembusinya. Maka menjeritlah pula Puteri Sejenjang sekuat-kuatnya akibat kesakitan tikaman tersebut. Berakhirlah sebuah persahabatan dan persaudaraan yang telah dijalin oleh mereka selama ini.

Kononnya akibat pergaduhan dan ayunan antan puteri Sejenjang yang terkena ke pipi Puteri Santubong menyebabkan Gunung Santubong telah terpecah menjadi dua seperti yang dilihat pada hari ini. Demikian juga dengan tikaman batang belidah oleh Puteri Santubong yang mengenai tepat ke kepala Puteri Sejenjang, menyebabkan Bukit Sejenjang pecah bertaburan menjadi pulau-ulau kecil berhampiran Gunung Santubong.

Kisah sedih di antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya menjadi kenangan dan ingatan rakyat Sarawak. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.

Saturday 21 November 2015

Karangan Kesan Pencemaran Alam Sekitar

Tulis karangan yang bertajuk "Kesan Pencemaran Alam Sekitar" . Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan.


Alam sekitar kita semakin tercemar. Pencemaran ini telah mendatangkan kesan buruk kepada hidupan sama ada manusia, haiwan atau tumbuhan.

     Kini, kilang dibuka bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ada antara kilang-kilang ini membuang sisa toksik kedalam sungai. Pembuangan sisa toksik  ini menyebabkan air tercemar dan berbahaya kepada manusia. Semua hidupan akuatik akan mati. Oleh itu,sumber pendapatan nelayan akan terjejas.

     Pengeluaran asap kilang dan kenderaan turut mencemar udara. Karbon monoksida yang dilepaskan akan mengawang di  udara dan mengancam kesihatan manusia. Pelbagai penyakit berbahaya seperti asma, penyakit kulit dan penyakit mata boleh dihadapi manusia  akibat pencemaran udara ini.

     Penebangan hutan yang berleluasa pula akan mengakibatkan  hakisan. Hal ini akan memberi kesan buruk kepada alam  dan manusia kerana banjir dan tanah runtuh akan berlaku. Haiwan pula kehilangan habitatnya manakala flora turut musnah.

     Bunyi bising dari kilang-kilang, kenderaan dan tapak pembinaan pula menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Kebisingan ini mengganggu emosi manusia. Selain itu, kita tidak dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan.

     Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar akan menjejaskan kehidupan kita. Penglibatan semua pihak amat diharapkan agar langkah drastik untuk mengatasi pencemaran ini dapat diambil. Pihak berkusa pula perlulah mengambil tindakan yang tegas terhadap sesiapa sahaja yang mencemarkan alam sekitar.

sumber : i-skor Bahasa Malaysia Penulisan (bahagian B) Tahun 6
oleh: A. Rahman Haron, Noranita Ahmad

SYARAHAN:cara-cara menjaga kebersihan diri


Kamu dikehendaki menyampaikan syarahan dalam perhimpunan sekolah.Tajuk syarahan itu ialah "Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri". Tulis syarahan kamu itu.Panjang karangan tidak kurang 80 patah perkataan.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Tuan Guru Besar,guru-guru dan rakan -rakan sekalian. Selamat pagi saya ucapkan. Pagi ini tiba giliran saya untuk menyampaikan syarahan. Syarahan saya bertajuk "cara-cara Menjaga Kebersihan Diri".

Hadirin sekalian ,
     Kebersihan amat penting. Tambahan pula, kebersihan merupakan sebahagian daripada iman . Kita hendaklah menggosok gigi selepas dan sebelum tidur. Jika tidak gigi kita mungkin akan rosak. 

     Seterusnya, ketika mandi pula haruslah bersabun . Jangan mandi kerbau. Sabun dapat menghilangkan kotoran dan daki yang ada pada badan kita. Kitahendak lah mandi pada pagi dan petang.

Hadirin yang dihormati,
     Selain mandi, kita juga perlu mencuci rambut . Rambut perlu dicuci seminggu sekurang- kurangnya sekali. Gunakanlah syampu rambut yang sesuai. Kemudian,kita boleh juga menyapu minyak rambut agar kelihatan kemas dan rapi.

     Kita juga perlu memotong kuku sama ada jari atau kaki. Kuku harus dipastikan sentiasa pendek. Hal ini demikian supaya tiada kekotoran melekat padanya . Oleh itu, kita dapat mengelakkan diri daripada penyakit .

     Kesimpulannya, sentiasalah menjaga kebersihan diri. Jika diri bersih sudah pasti penyakit akan tersisih.

     Sekian, terima kasih.

Sumber: i-skor Bahasa Malaysia Penulisan (Bahagian B) Tahun 6

oleh:A.RAHMAN HARON, NORANITA AHMAD


 

TINI Template by Ipietoon Cute Blog Design