Cuti
persekolahan
saya
Setiap orang mungkin mempunyai perancangan tersendiri apabila tibanya
musim cuti sekolah. Begitu juga dengan saya dan
keluarga saya.Terdapat banyak aktiviti yang telah saya dan keluarga saya
lakukan .Antaranya ialah bergotong-royong,menghadiri kelas intensif,pergi ke
perpustakaan dan menonton wayang.
Pada
hari Sabtu,Ahad dan Isnin,saya menghadiri kelas intensif yang telah dianjurkan
oleh sekolah.Kelas ini sangat penting kerana saya akan menjalani peperiksaan
tidak lama lagi.kelas itu bermula pada jam 8:00 pagi hingga 11:30.Semua subjek
teras diajar seperti Matematik,Sains,Bahasa Melayu dan Bahasa Iggeris.
Selain itu,saya dan keluarga saya
bergotong-royong membersihkan rumah. Tujuan kami bergotong-royong adalah untuk
membanteras denggi di rumah kami dan untuk mengemas rumah supaya kelihatan
lebih teratur. Sebelum mengemas ayahku mengagihkan tugas.Saya ditugaskan untuk
membuang sampah ke dalam tong sampah.
Seterusnya, saya pergi ke perpustakaan
bersama keluarga saya.Di sana banyak buku yang telah saya baca antaranya,” 101 Dalmatians”,”Tenggelamnya
Kapal Van Der Wijck” dan banyak lagi.Terdapat banyak aktiviti yang dapat
dilakukan di sana.
Akhir sekali,kami sekeluarga menonton
sebuah filem animasi yang bertajuk “Boboiboy The Movie”.Kami sempat membali
beberapa makanan ringan untuk dinikmati semasa filem dimainkan.Filem tersebut
sangat menyeronokkan dan ia juga mempunyai banyak pengajaran.
Banyak aktiviti yang telah saya lakukan semasa
cuti persekolahan ini. Saya berharap percutian saya pada semeaster yang akan
datang lebih bermakna dan lebih menyeronokkan.
(KARANGAN 2015)