DEFINISI KERJAYA
Kerjaya merupakan pekerjaan
yang dilakukan oleh seseorang dalam
kehidupan seharian mereka. Mereka bekerja untuk mendapatkan wang bagi digunakan dalam memenuhi keperluan dan
mendapatkan kesempurnaan hidup.kerjaya ini ada pelbagai bentuk dari segi,bidang
tugas,tempat dan masa serta identiti.
Memahami Jenis-Jenis Kerjaya
Secara umum,
kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama:
1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah
2. Bidang penulisan dan komunikasi
3. Bidang saintifik/perubatan
4. Bidang perkeranian dan pentadbiran
5. Bidang seni reka dan kreatif
6. Bidang teknikal
7. Bidang keusahawanan
8. Bidang perkhidmatan
1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah
2. Bidang penulisan dan komunikasi
3. Bidang saintifik/perubatan
4. Bidang perkeranian dan pentadbiran
5. Bidang seni reka dan kreatif
6. Bidang teknikal
7. Bidang keusahawanan
8. Bidang perkhidmatan
Bidang
kerja dan contoh-contoh jawatan:
1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah
(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai)
1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah
(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai)
·
Pentadbiran
dan pengurus bank
·
Perancang
dan pengurus kewangan
·
Pengurus
dan agen insurans
·
Eksekutif
jualan dan pemasaran
·
Pengurus
pengiklanan
·
Eksekutif
akaun
·
Akauntan/juruaudit
·
Aktuari
·
Pegawai
bank
·
Pemerosesan
data
·
Penganalisis
data
2. Bidang penulisan dan komunikasi
(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)
·
Wartawan
·
Editor
·
Jurubahasa
·
Penterjemah
·
Penerbit
rancangan radio/televisyen
·
Pengacara
radio/televisyen
·
Penulis
skrip
·
Perunding
komunikasi
3. Perubatan/Sains
(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat)
·
Doktor
(am/bedah/gigi/mata/pakar)
·
Doktor
haiwan
·
Jururawat
·
Pembantu
makmal/pembantu perubatan
·
Juru
radiologi
·
Ahli
farmasi
·
Juru
terapi
·
Saintis
·
Ahli
biologi/kimia
·
Pakar
nuklear
·
Ahli
geologi/geofizik
4. Perkeranian dan Pentadbiran
(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat)
4. Perkeranian dan Pentadbiran
(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat)
·
Pengurus
perjawatan
·
Pegawai
sumber manusia
·
Pegawai
tadbir
·
Pembantu
undang-undang
·
Kerani
·
Setiausaha
5. Seni Reka dan Kreativiti
(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)
·
Pelukis
·
Pelukis
grafik/batik
·
Pereka
fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya
·
Pereka
bentuk dalaman
·
Jurugambar
·
Juru
solek
6. Teknikal
(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain)
6. Teknikal
(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain)
·
Arkitek
·
Perancang
Bandar dan Wilayah
·
Juruteknik
·
Juruukur
·
Mekanik
·
Jurutera
(Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)
·
Pakar
runding
7. Keusahawanan
(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)
7. Keusahawanan
(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)
·
Perniagaan
runcit
·
Perusahaan
Kilang
·
Pemborong
·
Kontraktor
·
Pengusaha
hotel
·
Perusahaan
bengkel
·
Perusahaan
butik
8. Perkhidmatan
(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)
8. Perkhidmatan
(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)
·
pensyarah/guru
·
Pustakawan
·
Pegawai
Perhubungan Awam
·
Peguam/pendakwaraya/hakim
·
Polis/askar
·
Pemandu
pelancong
·
Kaunselor
·
Pramugari/pramugara
·
Tukang
masak profesional
Kelebihan
Memilih Kerjaya Guru
·
Bidang
tugasannya mudah, menyeronokkan serta tidak membebankan.
·
Masa kerja
separuh hari jika dibandingkan dengan pekerjaan yang lain.
·
Masyrakat
memandang tinggi kepada guru kerana ilmunya. Sekiranya menjadi guru sepanjang
hayat seseorang akan dipanggil guru.
·
Islam
mengatakan guru adalah orang yang paling beruntung di akhirat kerana termasuk
dalam kalangan orang-orang soleh dan bertakwa serta mendapat pangkat syurga
yang tertinggi.
·
Menjadi
‘role model’ kepada murid dan mempunyai kehebatan mengeluarkan buah fikiran.
·
Kementerian
Pelajaran menyediakan beberapa anugerah kepada guru seperti Anugarah Guru
Cemerlang pada setiap tahun.
·
Mendapat kepercayaan
masyarakat seperti mempengerusikan sesuatu persatuan, kelab dan aktiviti yang
dirancang oleh masyarakat setempat.
·
Kerjaya guru
dapat mengelakkan seseorang terdedah kepada amalan yang kurang sihat kerana
kerana kerjaya guru memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang yang dididik.
Ciri-ciri
Bidang Tugas Guru
·
Memahami dan
menghayati Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat pendidikan.
·
Memahami,
mentafsir dan mengoperasikan kurikulum ke dalam bentuk aktiviti di dalam dan
luar bilik darjah.
·
Memahami
mata pelajaran pengkhususan.
·
Mengetahui
secara umum kandungan kurikulum semua mata pelajaran.
·
Menyedari
kepentingan penilaian dan cara mengendali penilaian.
·
Mengetahui
kebolehan dan pengalaman guru berkaitan mata pelajaran dan aspek yang
berkaitan.
·
Mengetahui
keperluan alat bantu mengajar, peralatan dan bahan untuk mata pelajaran
tertentu dan cara menggunakannya.
·
Mengetahui
kemudahan-kemudahan yang ada dan berusaha meningkatkannya.
·
Berupaya
mengadakan latihan dalaman bagi meningkatkan profesionalisme guru dan
kakitangan di sekolah.
·
Mengetahui
pendekatan dan strategi pengajaran terkini dan berupaya menyampaikannya kepada
guru-guru.
Akauntabiliti
Keguruan
Akauntabiliti keguruan
bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru.
Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti keguruan membawa maksud tanggungjawab
terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang
guru yang dimaksudkan di atas merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah
laku, murid-murid dan profesion keguruan.
Akauntabiliti
Guru Terhadap Pelajar
1. Menjalankan
tugas dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual
waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan
teknikyang berkesan.
2. Mengutamakan
kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain.
3. Bersikap
adil terhadap pelajar tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi,
mental, politik, sosial dan sebagainya.
4. Membimbing
dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta apa-apa bayaran atau
hadiah.
5. Memberi
contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan
santun semasa bertugas.
Akauntabiliti
Guru Terhadap Diri
·
Menjaga
kebersihan dan kesihatan agar dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
·
Mengawal
emosi sendiri dan menghindarkan ketegangan jiwa.
·
Menguruskan
kewangan sendiri dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan
perbelanjaan.
·
Melengkapkan
diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
·
Berpengetahuan
dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik.
·
Melibatkan
diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang.
Akauntabiliti
Guru Terhadap Bangsa dan Negara
·
Menjalankan
tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara berlandaskan Rukun
Negara.
·
Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang
bangsa dalam diri pelajar.
·
Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil
bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.
·
Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan
guru dan ibu bapa pelajar.
·
Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam
segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.
Akauntabiliti
Guru Terhadap Tugas dan Kerja
·
Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan
berkaitan mata pelajaran yang diajar.
·
Memahami
selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar.
·
Menyertai
seminar pendidikan dengan menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan
atau pentadbir sekolah.
·
Merancang
dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif
pelajaran secara maksimum.
·
Mengajar
fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.
Nilai-Nilai
Keguruan
Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan
kepada para pelajar. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan
kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni.
Sifat dan Kualiti
|
||
Peribadi
|
Sosial
|
Profesional
|
Baik
hati
|
Budi pekerti
|
Ingin
tahu
|
Jenaka
|
Ramah mesra
|
Pengetahuan ikhtisas
|
Sabar
|
Merendah diri
|
Suka membaca
|
Adil
|
Semangat berbakti
|
Daya usaha
|
Mesra
|
Jujur
|
Daya ingatan
|
Kepimpinan
|
Mudah suai
|
Peka kepada perubahan
|
Kecindan
|
Sikap toleransi
|
Semangat berdedikasi
|
Bertanggungjawab
|
Berdaya kepimpinan
|
Kemahiran bertutur
|
Berdedikasi
|
Pekerti mulia
|
Inovasi dalam tugas
|
Yakin
|
Kesedaran terhadap persekitaran
|
Sedar tentang keperluan negara
|
Kelayakan
dan Syarat Menjadi Guru
Tanggungjawab penggubalan dasar dan garis panduan latihan
perguruan, pemilihan calon pelatih dan peserta kursus dan merancang serta
menyelaras program kemajuan staf dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Antara
program dan kursus yang dijalankan ialah:
a) Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(PISMP)
b) Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
c) Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)
b) Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
c) Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)
Senarai
Tugas
- Mengatur,membantu
dan bekerjasama dalam menjalankan aktiviti kokurikulum di sekolah;
- Mengambil
bahagian dalam mesyuarat kakitangan, seminar dan bengkel pendidikan bagi
meningkatkan pencapaian pelajar dan sekolah;
- Menyedia
laporan tentang pencapaian pelajar serta berbincang dengan guru-guru lain
dan ibu bapa pelajar;
- Menyelia, memberi dan memeriksa latihan,
tugasan dan ujian untuk menilai kemajuan pelajar;
- Mengajar
mata pelajaran yang berkenaan dan menyelia kerja sekolah serta disiplin
pelajar;