Saturday, 30 January 2016

SYARAHAN TENTANG "FAEDAH MENABUNG"

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.Selamat pagi saya ucapkan.Nama saya ……………………. Berdirinya saya pada pagi yang mulia ini untuk menyampaikan sebuah ucapan yang bertajuk 'Faedah Menabung'.

Hadirin yang dihormati  sekalian,

     Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk keperluan pada masa hadapan di dalam tabung atau bank.Menabung adalah satu amalan yang baik dan mendatangkan banyak faedah kepada manusia.

     Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa hadapan. Contohnya,menggunakan wang tabungan tersebut untuk menampung kos  pelajaran.Sebagai contoh, kita  dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading,kita dapat menggunakan wang tersebut untuk membayar yuran dan membeli bahan rujukan.

     Seterusnya,amalan menabung juga dapat membantu kita masa kecemasan. Contohnya,apabila sakit dan memerlukan pembedahan segera.pada waktu ini,pasti wang itu sangat berguna kepada kita.

Hadirin sekalian,
    
     Selain itu, amalan menabung dapat mendidik kita supaya sentiasa berjimat cermat dan dapat mengelakkan pembaziran. Sebagai contoh,apabila mempunyai wang lebihan kita hanya membeli barang yang penting sahaja dan menyimpan wang lebihan tersebut ke dalam tabung.

     Bedasarkan hujah yang telah saya sampaikan ,maka sudah jelaslah bahawa amalan menabung ini sangat penting dan mempunyai banyak faedah.Akhir kata saya berharap agar amalan menabung ini dapat dijadikan amalan.kita mestila mula menabung dari sekarang kerana “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”.



Sekian, Terima kasih.
 

TINI Template by Ipietoon Cute Blog Design