Saturday, 17 December 2016

D.I.Y TOOTHPASTE (ubat gigi)

bahan-bahan  yang diperlukan :

serbuk penaik
garam laut
pati minyak pudina/perasa makanan
air mineral


Alat yang diperlukan:

satu sudu kecil
dua bekas
alat untuk menggaul

cara-cara membuatnya :

1. Mula-mula, masukkan garam sebanyak satu perempat sudu kecil dan satu sudu serbuk       penaik ke dalam bekas.


2.Kemudian, masukkan sedikit air mineral kemudian gaul hingga sebati.


3.Seterusnya, titiskan beberapa titik pati minyak pudina atau perasa makanan.


4.Akhirnya,masukkan ubat gigi tersebut kedalam bekas kaca ,seterusya simpan di dalam        peti sejuk.




Tuesday, 27 September 2016

KERJAYA GURU

DEFINISI KERJAYA
Kerjaya merupakan pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang  dalam kehidupan seharian mereka. Mereka bekerja untuk mendapatkan wang  bagi digunakan dalam memenuhi keperluan dan mendapatkan kesempurnaan hidup.kerjaya ini ada pelbagai bentuk dari segi,bidang tugas,tempat dan masa serta identiti.

Memahami Jenis-Jenis Kerjaya

Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama:
1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah
2. Bidang penulisan dan komunikasi
3. Bidang saintifik/perubatan
4. Bidang perkeranian dan pentadbiran
5. Bidang seni reka dan kreatif
6. Bidang teknikal
7. Bidang keusahawanan
8. Bidang perkhidmatan

Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan:
1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah
(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai)

·                     Pentadbiran dan pengurus bank
·                     Perancang dan pengurus kewangan
·                     Pengurus dan agen insurans
·                     Eksekutif jualan dan pemasaran
·                     Pengurus pengiklanan
·                     Eksekutif akaun
·                     Akauntan/juruaudit
·                     Aktuari
·                     Pegawai bank
·                     Pemerosesan data
·                     Penganalisis data








2. Bidang penulisan dan komunikasi
(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)

·                     Wartawan
·                     Editor
·                     Jurubahasa
·                     Penterjemah
·                     Penerbit rancangan radio/televisyen
·                     Pengacara radio/televisyen
·                     Penulis skrip
·                     Perunding komunikasi


3. Perubatan/Sains
(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat)

·                     Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)
·                     Doktor haiwan
·                     Jururawat
·                     Pembantu makmal/pembantu perubatan
·                     Juru radiologi
·                     Ahli farmasi
·                     Juru terapi
·                     Saintis
·                     Ahli biologi/kimia
·                     Pakar nuklear
·                     Ahli geologi/geofizik

4. Perkeranian dan Pentadbiran
(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat)

·                     Pengurus perjawatan
·                     Pegawai sumber manusia
·                     Pegawai tadbir
·                     Pembantu undang-undang
·                     Kerani
·                     Setiausaha

5. Seni Reka dan Kreativiti
(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)

·                     Pelukis
·                     Pelukis grafik/batik
·                     Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya
·                     Pereka bentuk dalaman
·                     Jurugambar
·                     Juru solek



6. Teknikal
(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain)

·                     Arkitek
·                     Perancang Bandar dan Wilayah
·                     Juruteknik
·                     Juruukur
·                     Mekanik
·                     Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)
·                     Pakar runding


7. Keusahawanan
(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)

·                     Perniagaan runcit
·                     Perusahaan Kilang 
·                     Pemborong
·                     Kontraktor
·                     Pengusaha hotel
·                     Perusahaan bengkel
·                     Perusahaan butik


8. Perkhidmatan
(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)


·                     pensyarah/guru
·                     Pustakawan
·                     Pegawai Perhubungan Awam
·                     Peguam/pendakwaraya/hakim
·                     Polis/askar
·                     Pemandu pelancong
·                     Kaunselor
·                     Pramugari/pramugara
·                     Tukang masak profesional





Kelebihan Memilih Kerjaya Guru
·         Bidang tugasannya mudah, menyeronokkan serta tidak membebankan.
·         Masa kerja separuh hari jika dibandingkan dengan pekerjaan yang lain.
·         Masyrakat memandang tinggi kepada guru kerana ilmunya. Sekiranya menjadi guru sepanjang hayat seseorang akan dipanggil guru.
·         Islam mengatakan guru adalah orang yang paling beruntung di akhirat kerana termasuk dalam kalangan orang-orang soleh dan bertakwa serta mendapat pangkat syurga yang tertinggi.
·         Menjadi ‘role model’ kepada murid dan mempunyai kehebatan mengeluarkan buah fikiran.
·         Kementerian Pelajaran menyediakan beberapa anugerah kepada guru seperti Anugarah Guru Cemerlang pada setiap tahun.
·         Mendapat kepercayaan masyarakat seperti mempengerusikan sesuatu persatuan, kelab dan aktiviti yang dirancang oleh masyarakat setempat.
·         Kerjaya guru dapat mengelakkan seseorang terdedah kepada amalan yang kurang sihat kerana kerana kerjaya guru memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang yang dididik.

Ciri-ciri Bidang Tugas Guru
·         Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat pendidikan.
·         Memahami, mentafsir dan mengoperasikan kurikulum ke dalam bentuk aktiviti di dalam dan luar bilik darjah.
·         Memahami mata pelajaran pengkhususan.
·         Mengetahui secara umum kandungan kurikulum semua mata pelajaran.
·         Menyedari kepentingan penilaian dan cara mengendali penilaian.
·         Mengetahui kebolehan dan pengalaman guru berkaitan mata pelajaran dan aspek yang berkaitan.
·         Mengetahui keperluan alat bantu mengajar, peralatan dan bahan untuk mata pelajaran tertentu dan cara menggunakannya.
·         Mengetahui kemudahan-kemudahan yang ada dan berusaha meningkatkannya.
·         Berupaya mengadakan latihan dalaman bagi meningkatkan profesionalisme guru dan kakitangan di sekolah.
·         Mengetahui pendekatan dan strategi pengajaran terkini dan berupaya menyampaikannya kepada guru-guru.




Akauntabiliti Keguruan
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti keguruan membawa maksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan.

Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar
1.      Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknikyang berkesan.
2.      Mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain.                                                                                                                                 
3.      Bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan sebagainya.
4.      Membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta apa-apa bayaran atau hadiah.
5.      Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.

Akauntabiliti Guru Terhadap Diri
·         Menjaga kebersihan dan kesihatan agar dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
·         Mengawal emosi sendiri dan menghindarkan ketegangan jiwa.
·         Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan.
·         Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
·         Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik.
·         Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang.




Akauntabiliti Guru Terhadap Bangsa dan Negara
·         Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara berlandaskan Rukun Negara.
·         Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar.
·         Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.
·         Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar.
·         Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.

Akauntabiliti Guru Terhadap Tugas dan Kerja
·         Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar.
·         Memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar.
·         Menyertai seminar pendidikan dengan menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan atau pentadbir sekolah.
·         Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum.
·         Mengajar fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.












Nilai-Nilai Keguruan
            Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni.

Sifat dan Kualiti
Peribadi
Sosial
Profesional
Baik hati         
Budi pekerti   
Ingin tahu                   
Jenaka
Ramah mesra  
Pengetahuan ikhtisas
Sabar  
Merendah diri
Suka membaca
Adil
Semangat berbakti     
Daya usaha
Mesra
Jujur
Daya ingatan  
Kepimpinan
Mudah suai
Peka kepada perubahan
Kecindan
Sikap toleransi
Semangat berdedikasi
Bertanggungjawab
Berdaya kepimpinan
Kemahiran bertutur
Berdedikasi
Pekerti mulia
Inovasi dalam tugas
Yakin 
Kesedaran terhadap persekitaran
Sedar tentang keperluan negara











Kelayakan dan Syarat Menjadi Guru
            Tanggungjawab penggubalan dasar dan garis panduan latihan perguruan, pemilihan calon pelatih dan peserta kursus dan merancang serta menyelaras program kemajuan staf dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Antara program dan kursus yang dijalankan ialah:
a) Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)
b) Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
c) Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)

Senarai Tugas
  1. Mengatur,membantu dan bekerjasama dalam menjalankan aktiviti kokurikulum di sekolah;
  2. Mengambil bahagian dalam mesyuarat kakitangan, seminar dan bengkel pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar dan sekolah;
  3. Menyedia laporan tentang pencapaian pelajar serta berbincang dengan guru-guru lain dan ibu bapa pelajar;
  4. Menyelia, memberi dan memeriksa latihan, tugasan dan ujian untuk menilai kemajuan pelajar;
  5. Mengajar mata pelajaran yang berkenaan dan menyelia kerja sekolah serta disiplin pelajar;


 

TINI Template by Ipietoon Cute Blog Design